Hulu Selangor, 20/1/2005 - Tawaran masuk pelajar baru ke Asrama Kasih YBK dan Asrama Jambor Sakti untuk tahun 2005 telah mendapat perhatian dan luar jangkaan. YBK telah menerima permohonan lebih 500 orang dari seluruh negeri Selangor dan beberapa pelajar dari luar Selangor untuk memasuki asrama-asrama tersebut.

Walaubagaimanapun, YBK tidak mampu menerima semua permohonan yang dikemukakan memandangkan Asrama Kasih hanya mampu menampung 200 orang pelajar setiap tahun. Pada tahun 2005 ini seramai 41 pelajar Tingkatan 1, 3 pelajar Tingkatan 2 dan seorang pelajar Tingkatan 5 telah ditawarkan masuk pada awal tahun persekolahan 2005 ini.

Asrama Jambor Sakti pula telah menerima 13 pelajar baru tahun 6, 5 pelajar tahun 5 dan 3 pelajar tahun 4. Asrama ini hanya mampu menampung 40 pelajar setahun. Pelajar baru ini termasuk 4 orang pelajar anak keluarga Orang Asli dari Kampong Bukit Kemandul Klang yang hidup dalam serba kedhaifan dan kemiskinan.

Bagi memastikan pelajar yang dipilih untuk memasuki ke Asrama Kasih dan Jambor Sakti benar-benar layak dan memerlukan bantuan YBK, kerja-kerja siasatan ke rumah-rumah pemohon telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai YBK sendiri. Siasatan ini bertujuan bagi memastikan pemohon adalah dari keluarga yang benar-benar miskin. YBK memberi keutamaan kepada anak-anak yatim. Selain itu, calon juga perlu menduduki ujian minda bagi mengenal pasti pemohon adalah pelajar yang berpotensi.

Kemasukan pelajar baru telah ditutup untuk tahun 2005 ini. Walaubagaimanapun, dari semasa ke semasa, YBK akan menerima kemasukan pelajar pelajar baru jika ada kes-kes kecemasan yang terlalu memohon bantuan YB

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;