Kelana Jaya, 20/2/2005 - Seramai 162 graduan menerima diploma dan sijil masing-masing di Majlis Penganugerahan Diploma dan Sijil Kumpulan Institusi Pendidikan Tinggi YBK (Kolej Komuniti YBK) yang diadakan di Kelana Jaya baru-baru ini. Diploma dan Sijil ini disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Mohd. Nasir Ashraf.

Di majlis yang sama diadakan majlis menandatangani memorandum perjanjian bersama (MoU) di antara YBK dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Di majlis ini, YBK diwakili oleh Pengasas YBK, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Pendidikan Tinggi YBK, Bing Selamat Amir manakala OUM diwakili oleh Presidennya, Profesor Tan Sri Dr. Anuwar Ali. Melalui perjanjian ini graduan diploma dari YBK berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke peringkat ijazah sarjana muda di OUM. Kemasukan graduan pertama ini dijangka bermula pada sesi pengajian Mei ini. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;