Kuala Lumpur, 15/2/2005 - Empat pelajar cemerlang Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) akan menerima biasiswa berjumlah RM4800 setahun yang ditaja oleh syarikat makanan segera terkenal, 1901 Sdn Bhd melalui program Biasiswa 1901. Biasiswa ini merupakan bantuan untuk membeli kelengkapan pelajaran seperti buku teks dan bahan bacaan yang lain bagi memupuk sikap minat membaca di kalangan mereka.

Empat pelajar cemerlang yang terpilih adalah Mohd Shahril Sharudin dan Mohd Shahrul Azmi Saad, masing-masing berusia 17 tahun, Rahmah Abd Aziz, 12 dan Mohd Anis Mahzuz Badrul Hisham, 5 tahun. Mereka merupakan pelajar dari Asrama Kasih dan Asrama Jambor Sakti. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Eksekutif 1901 Sdn Bhd, Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;