Medan, Indonesia 5/2/2005 - Hampir dua bulan tragedi ombak besar Tsunami melanda Acheh, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa Tsunami di penempatan sementara mereka di Medan, Indonesia.

Delegasi dari YBK ini diketuai oleh Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, Dato’ Hussien Mohd Yunus dan Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan beberapa orang pegawai beserta penyumbang-penyumbang individu. Delegasi ini juga telah diiringi oleh Haji Abdul Ghani Abu Hassan, Konsulat Muda Imigresen Malaysia di Medan. Antara tempat yang dilawati ialah Universiti Islam Sumatra Utara, penempatan sementara mangsa tsunami di Posko Jalan Imam Bonjol, Kantur Camat Marelan, Kecamatan Labuhan Deli dan Rumah Sakit Umum Adam Malik, Medan.

Lawatan tiga hari ini dimulai dengan pemberian sumbangan kepada lebih kurang 42 mahasiswa dari Universiti Islam Sumatra Utara (UISU) yang tidak mampu untuk melanjutkan pengajian tersebut akibat bencana tsunami. Sumbangan ini telah sampaikan oleh Dato Zainal bersama Prof.Dr.Ir. Haji Usman Nasution, Rektor UISU.

Dalam ucapannya, Dato’ Zainal banyak memberi kata semangat dan peransang kepada mahasiswa-mahasiswa yang terlibat supaya belajar lebih tekun dan menghadapi dugaan ini dengan tabah bagi memastikan kepakaran mereka dapat digunakan untuk membangunkan semula Acheh kelak.

Dalam lawatan ini YBK telah memberi sumbangan ikhlas kepada lebih kurang 1000 orang mangsa tsunami Acheh yang sehingga kini masih berada di Medan.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;