Kelana Jaya - Dalam membantu meningkatkan kemahiran dan mengatasi keciciran di kalangan belia-beliawanis dari keluarga berpendapatan rendah, YBK menaja seramai enam orang pelajar mengikuti kursus MLVK selama enam bulan di Institut Teknologi Mutiara YBK, Cawangan Banting. Kumpulan ini merupakan pelajar-pelajar daripada golongan keluarga berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk meneruskan pelajaran mereka disebabkan kesempitan wang tambahan pula mereka tidak mendapat bantuan pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan.

Mereka yang terpilih ialah Mohd Shah Hanif Paiman, Nor Fursan Selamat, Mohd Fazli Mohd Shaar, Akmal Suweto yang mengikuti kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer Tahap 2 manakala Nurazua Mohd Yusof dan Qannah Mahfudz mengikuti kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat Tahap 2 mulai Februari sehingga Ogos 2005.

YBK memperuntukan sejumlah RM30,000 iaitu RM5,000 bagi setiap pelajar untuk membiayai yuran pembelajaran mereka di ITMY Banting melalui Program Peningkatan Pendapatan Isi Rumah YBK di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW).

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;