- Hit: 1691
Hulu Selangor 12/4/2005 - Program pembasmian kemiskinan YBK bukan semata-mata tertumpu kepada golongan miskin sahaja tetapi ia juga merangkumi golongan kurang upaya. Justeru YBK akan mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi membantu golongan kurang upaya terutama kanak-kanak mendapat pendidikan yang sempurna.
YBK telah mengenal pasti beberapa buah Pusat Dalam Komuniti (PDK) dalam daerah Hulu Selangor yang akan menerima sumbangan pada majlis makan malam tersebut. Satu lawatan kerja YBK telah diadakan di PDK Rawang dan PDK Sungai Choh. PDK ini merupakan pusat dimana kanak-kanak istimewa mendapat penjagaan dan pendidikan daripada sukarelawan-sukarelawan yang mana terdiri juga daripada ibu pada kanak-kanak istimewa tersebut. Pusat ini dikendali dan diseliakan oleh pejabat KEMAS daerah masing-masing.
Sumbangan ini nanti diharap dapat membantu pusat ini mempertingkatkan mutu pembelajaran kanak-kanak tersebut setanding dengan kanak-kanak lain. Lawatan kerja ini diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan DUN Batang Kali (BAKA), Puan Norihan Abdullah dan Puan Hasliza Hassan manakala YBK diwakili oleh Puan Sureini Sulaiman dan Cik Rozita Arbain