Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd telah menaja 40 orang pelajar YBK untuk menghadiri Seminar Peperiksaan SPM 2005. Seminar sehari yang diadakan dengan kerjasama Berita Harian ini telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Kuala Lumpur.

Seminar ini diadakan supaya calon SPM dapat menguasai teknik dan strategi menjawab soalan dengan tepat dengan menggunakan format yang betul. Seminar ini juga dapat memberi keyakinan kepada calon untuk menghadapi peperiksaan dan boleh skor A dalam semua mata pelajaran. Ianya dijalankan melalui konsep ceramah dan bengkel agar para peserta lebih faham dan mampu mempraktikkan semasa menghadapi peperiksaan nanti.

YBK telah memilih pelajar-pelajar dari Asrama Kasih dan peserta program KUNTUM untuk menghadiri seminar ini. YBK amat berterima kasih kepada pihak Bank Rakyat yang telah sudi menaja pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan ini. Sumbangan dari badan korporat seperti ini cukup bermakna kepada YBK kerana dapat membantu YBK melaksanakan agenda pembasmian kemiskinannya. YBK juga berharap agar banyak lagi badan-badan korporat lain dapat tampil kehadapan membantu YBK

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;