Kuala Lumpur 21/5/2005 - Satu jalinan persahabatan melalui Memorandum Persefahaman di antara YBK Selangor dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA Malaysia) telahpun dimeterai untuk kerjasama menjayakan program “Internet Content and Connectivity” dalam usaha untuk membantu masyarakat luar bandar merapatkan jurang digital. Metro Hitec Sdn Bhd telah dilantik untuk mengendalikan projek ini melalui pembekal keperluan perkakasan, Fortis EDS (M) Sdn Bhd bagi membekalkan computer di semua cawangan kedua-dua pihak secara terancang.

Dengan usaha ini penduduk luar bandar mampu mengecapi pelbagai faedah yang ditawarkan seterusnya mendapat pendidikan IT melalui akses internet ini. Projek ini juga merupakan sebahagian daripada peranan kedua pihak dalam membantu kerajaan membasmi kemiskinan menerusi program pembangunan pendidikan IT.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;