Sabak Bernam, 8/6/2005 - Sekali lagi Desa Kasih Merbau Berdarah di kunjungi oleh Peserta-peserta yang terdiri daripada golongan PPRT di Sungai Siput utara. Lawatan sambil belajar ini yang di ketuai oleh En. Zakaria iaitu Ketua Eksekutif Yayasan Sungai Siput Sdn. Bhd ini telah di sambut dengan meriahnya di Dewan Serbaguna Desa Kasih Merbau Berdarah. Majlis yang bermula pada pukul 3.00 petang ini turut di hadiri oleh Ketua Sidang yang baru iaitu En. Salim Ali yang turut menyampaikan ucapan aluan kepada peserta-peserta yang hadir.


Sedikit taklimat ringkas di sampaikan oleh En. Ahmad Nayan selaku wakil Jawatankuasa Penduduk Desa Kasih telah memberikan banyak informasi yang berguna kepada peserta-peserta lawatan. Kebanyakan peserta merasa kagum dengan aktiviti-akitiviti yang di jalankan dan bagaimana penduduk-penduduk Desa Kasih dapat meningkat kualiti hidup mereka dengan kursus-kursus motivasi serta peruntukan yang diberikan oleh YBK. Majlis di akhiri dengan ucapan yang di sampaikan oleh En Zakaria, yang mana beliau kagum dengan perlaksanaan Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah. Beliau juga menerangkan tentang aktiviti yang terdapat di Yayasan Sungai Siput yang mana sebahagian dari peserta lawatan adalah merupakan usahawan yang berjaya contohnya dalam tanaman cendawan dan limau bali. Sedikit sebanyak ianya telah menarik minat penduduk desa kasih untuk mempelajari bidang tanaman ini. Setelah selesai jamuan ringan peserta-peserta di bawa melawat di sekitar Desa Kasih Merbau Berdarah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;