Shah Alam, 18/6/2005 - YB Dato’ Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK mengucapkan terima kasih di atas kerjamasa yang diberikan oleh guru-guru sukarelawan yang telah membantu melaksanakan program KUNTUM sejak tahun 1993. Pada tahun 2005 ini, YBK akan terus menganjurkan program KUNTUM bagi membantu mempertingkatkan pencapaian SPM pelajar-pelajar luar bandar.

Seramai 735 orang pelajar sedang mengikuti program ini yang telah mula dilaksanakan pada bulan Mei hingga Oktober 2005 yang melibatkan 21 buah pusat dan lebih 120 orang guru sukarelawan.

YB. Dato’ telah meluangkan masa menghadiri mesyuarat pertama guru-guru penyelaras KUNTUM bagi tahun 2005. Dalam ucapannya, beliau menyarankan supaya meneruskan usaha melahirkan generasi yang menguasai ilmu pengetahuan, bukan ilmu pengetahuan menguasai manusia. Pelajar-pelajar juga perlu diajar untuk mempertingkatkan kemampuan berfikir supaya mereka menjadi insan cemerlang, gemilang dan terbilang.

Beliau juga menyarankan supaya guru-guru KUNTUM menerapkan semangat patriotik kepada pelajar-pelajar mereka supaya para pelajar mempunyai semangat kenegaraan dan patriotik yang tinggi seperti yang telah berjaya dilakukan di negara luar seperti Singapura. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Tuan Haji Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

Mesyuarat pertama guru penyelaras ini diadakan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti pelajar KUNTUM pada tahun 2005 ini. Selain menghadiri kelas tuisyen, pelajar program KUNTUM dikehendaki menghadiri program motivasi. Sebanyak empat program motivasi dijangka akan diadakan untuk pelajar-pelajar ini.

Sekolah-sekolah yang ditawarkan untuk melaksanakan program KUNTUM ini amat berterima kasih kepada YBK kerana program KUNTUM banyak membantu mempertingkatkan prestasi SPM pelajar sekolah mereka.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;