- Hit: 1895
Hulu Langat, 20/6/2005 - Rancangan terbaru di TV3 iaitu sebuah program realiti Bersamamu TV3 telah memaparkan kisab keluarga pasangan kembar yang tinggal di Asrama Jambor Sakti YBK. Pelajar tersebut, Nor Adilah dan Nor Adibah Mohd. Syukor adalah pelajar tahun.Program baru terbitan Jabatan Majalah, Dokumentari & Famili TV3 yang disiarkan selama setengah jam setiap Isnin pada jam 9.00 malam ini merupakan rancangan realiti TV yang memaparkan kisah masyarakat yang daif dan memerlukan bantuan serta sumbangan untuk meneruskan kehidupan. Pasangan kembar tersebut telah ditawarkan oleh YBK untuk tinggal di asrama Jambor Sakti setelah dicadangkan oleh guru sekolah mereka kerana keadaan keluarga mereka yang daif. Ini secara tidak langsung dapat meringankan bebanan kewangan yang perlu ditampung oleg ibu. Ibu mereka terlantar di rumah kerana menghidap penyakit kanser tulang yang serius. Mereka mempunyai 2 orang abang yang juga masih bersekolah.
Kedua ibubapa mereka telah berpisah. Bapa tidak memberi sebarang nafkah kepada mereka. Apa yang mampu dibuat hanyalah mengharapkan bantuan dari bapa saudara yang berpendapatan tidak menentu di samping mendapat pampasan dari SOCSO sebanyak RM333.00 sebulan. Selain itu, mereka juga mendapat bantuan Pusat Zakat Selangor setahun sekali iaitu apabila tiba bulan Ramadhan.