Serendah, 26/8/2005 - Malam Sejuta Harapan Ke-4 yang dianjurkan oleh YBK pada hari Jumaat 26 Ogos 2005 bertempat di Padang Asrama Kasih YBK, Kg Seri Serendah, Hulu Selangor telah selamat di adakan dengan kehadiran tetamu kehormat Yang Amat Berbahagia Dato’ Sri Zaharah Kechik, isteri kepada YAB Menteri Besar Selangor, Dato' Khir Toyo. Turut sama hadir Tan Sri Dato' Hj Muhammad Muhd Taib, selaku Pengasas kepada YBK. Majlis di adakan bagi mengumpul dana untuk membantu Pusat Dalam Komuniti atau lebih dikenali sebagai PDK yang mengurus anak-anak istimewa terutama yang beroperasi di sekitar daerah Hulu Selangor.

Kemeriahan majlis diserikan dengan persembahan dari anak-anak Asrama Kasih dan juga persembahan dari PAPA Rock, Ramli Sarip telah menggamatkan suasana majlis pada malam itu.Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan program ini terutama jabatan-jabatan kerajaan seperti Majlis Daerah Hulu Selangor, Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Pejabat Kebajikan Daerah Hulu Selangor dan lain-lain.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;