Morib, 13/12/2005 - Bersempena cuti hujung tahun 2005, YBK telah menganjurkan 2 siri Kem Motivasi Jaya Diri. Matlamat program ini ialah untuk membentuk peserta menjadi pelajar yang berdisiplin dan bersemangat waja.

Selain memenuhi masa percutian dengan aktiviti berfaedah, objektif program ini ialah membantu pelajar mengenal diri dan potensi diri sendiri, bersikap positif dan bersemangat untuk memajukan diri, tekun serta bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara yang dilaksanakan. Peserta yang mengikuti program ini ialah pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2005.

Program siri pertama telah diadakan di Kem El-Azhar, Morib pada 13-15 Disember 2005. Seramai 70 orang peserta telah menghadiri program ini. Mereka adalah pelajar dari sekolah yang berbagai iaitu SMK Abd. Jalil, SMK. Jalan Kebun, SMK Tiram Jaya, SMK Gedangsa dan SMA. Sungai Selisek.

YBK membelanjakan sebanyak RM20,000.00 di bawah peruntukkan Desa Kasih Cemerlang Lanjutan, Kementerian Kemajuan Luar bandar Dan Wilayah

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;