Batu Bahat, 14/12/2005 - Satu lawatan sambil belajar untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 Desa Kasih sebagai program pengisian musim cuti sekolah telah diadakan. Lawatan yang di adakan selama 3 hari ini telah membawa 45 orang pelajar untuk melawat di Pusat Latihan Perindustrian Muar di Tangkak dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein On (KUITTHO) di batu Pahat. Pelajar diberikan taklimat oleh Pegawai-pegawai terlibat dan di bawa melihat kawasan-kawasan sekitar.


Pelajar juga di berikan ceramah motivasi oleh En. Ismail Wahio iaitu Pegawai Hal Ehwal Pelajar UTM Skudai meengenai fungsi dan kelebihan UTM dalam meningkat pendidikan Negara. Tidak dilupakan ceramah kerjaya mengenai personaliti diri dan pemilihan kerjaya, bagi pelajar-pelajar untuk lebih bersedia dalam merancang arah tuju apabila tamat belajar nanti. Hasil lawatan, telah memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar di dalam persekitaran pendidikan tinggi, teknikal dan vokasional yang terdapat di negara. Secara tidak langsung ianya memberi motivasi kepada pelajar-pelajar untuk cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2006 nanti. Akhir sekali pelajar telah di bawa untuk melawat tempat-tempat menarik dan bersejaran di sekitar Bandar Johor Bharu. Ternyata Lawatan kali ini memberi kepuasan kepada pelajar-pelajar.

YBK membelanjakan sebanyak RM20,220.00 untuk membiayai program ini di bawah perutnukkan Desa Kasih Cemerlang Lanjutan, Kementerian Kem,ajuan Luar Bandar dan Wilayah

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;