- Hit: 1632
Gesir, 20/12/2005 - Rahimah Abdul Aziz, anak yatim yang berasal dari Felda Gedangsa telah menjadi pelajar terbaik UPSR di Asrama Jambor Sakti bagi tahun 2005. Beliau yang telah 3 tahun kehilangan ayah telah menggunakan kesempatan dan peluang yang diberikan sepanjang tinggal di Asrama Jambor Sakti dengan mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A. Kejayaan ini juga adalah hadiah yang terbaik yang dapat diberikan kepada ibunya yang terpaksa mengambil alih tugas arwah ayahnya menyara keluarga dengan bekerja kilang dengan pendapatan RM300 sebulan.
Pada tahun 2005, seramai 21 orang pelajar Asrama Jambor Sakti telah menduduki peperiksaan UPSR. Seramai 17 orang pelajar telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tersebut iaitu mencapai 81%. Seorang pelajar iaitu Rahmah Abdul Aziz telah mendapat 5A, 3 orang mendapat 4A, 6 orang 3A, 2 orang mendapat 2A dan yang lain mendapat 1A.
Walaupun terdapat 4 orang pelajar yang talah gagal dalam peperiksaan ini, mereka ini adalah pelajar yang terlalu lemah pencapaiannya di sekolah lama. Sejak tinggal di asrama ini selama hampir setahun, mereka telah menunjukkan peningkatan yang baik seperti 2 orang pelajar anak orang Asli. Dari 5 subjek yang diambil, mereka hanya gagal satu subjek yang kebanyakkan murid lain juga gagal. Menguasai 4 subjek sudah menunjukkan kemajuan kepada mereka. Ianya jauh berbeza sebelum mereka berada di Asrama Jambor Sakti.
Peratus yang dicapai dalam setiap subjek juga amat cemerlang iatu Bahasa Melayu Pemahaman 95%, Bahasa Melayu Penulisan 95%, Bahasa Inggeris 86%, Matematik 90% dan Sains 95%. Pencapaian yang cemerlang ini akan terus dikekal dan diperbaiki lagi di tahun-tahun akan datang, insya Allah.