Kepong, 23/12/2005 - YBK telah menganjurkan Pogram Kem Motivasi Jaya Diri Siri II diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong pada 23-25 Disember 2005. Seramai 76 orang peserta telah menghadiri kem ini. Mereka adalah pelajar dari SMK Jugra, SMK Batu Laut, SMK Sg. Manggis, SMK Banting, SMK Gedangsa dan SMK Sultan Abdul Samad.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah melibatkan aktiviti dalam dan luar dewan. Antara aktiviti yang dijalankan di dalam dewan ialah ceramah-ceramah, kuliah, perbincangan dalam kumpulan, persembahan dan majlis penutup. Aktiviti luar dewan yang dijalankan ialah "Low rope","High Rope","Commando Obstacle","Amazing Race","10 Foot Fireman Ladder","Fantasy Island" dan "single bridge".

YB. Dato' Zainal Abidin Hj. Sakom, Pengerusi YBK telah sudi meluangkan masa menutup program siri kedua serta menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta. Dalam ucapan penutupan, YB. Dato' memberi kesedaran kepada peserta supaya peka dengan perkembangan semasa terutamanya di peringkat antarabangsa. "Sebagai penghuni di sebuah Negara yang sedang membangun, kita perlu turut terlibat dalam proses pembangunan ini supaya kita tidak ketinggalan. Sudah banyak pembangunan telah tercipta tetapi banyak dimonopoli oleh bangsa bukan Melayu". Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan supaya para peserta bersikap positif dan proaktif supaya menjadi insan yang CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG.

YBK telah membelanjakan hampir RM20,000.00 di bawah peruntukkan Desa Kasih Cemerlang Lanjutan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;