Gesir, 1/1/2006 - Seramai 20 pelajar Asrama Kasih telah menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Keputusan peperiksaan yang diterima baru-baru ini telah menunjukkan bahawa mereka telah berjaya kesemuanya dalam peperiksaan tersebut dan layak untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 4.

Pelajar terbaik peperiksaan ini, Noradilah Nordin telah berjaya mendapat 6A, 2B. Beliau telah mendapat pangkat A dalam semua subjek kecuali Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam yang mana beliau memperolehi pangkat B. Lima orang pelajar telah berjaya mendapat 2A dan empat orang pelajar mendapat 1A sementara pelajar yang lain sekurang-kurangnya mendapat 2B.
Keputusan 6A (1 orang), 2A (5 orang), 1A (4 orang)

Noradilah Nordin, anak bongsu dari 3 beradik adalah berasal dari keluarga yang susah. Beliau terpaksa tinggal di asrama ini kerana ibubapa beliau telah berpisah kerana masalah kesihatan. Bapa Noradilah bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan yang rendah serta sedang berjuang melawan penyakit barah hati. Bapa beliau perlu membuat rawatan setiap 2 minggu sekali di Hospital Putrajaya. Pendapatan yang diperolehi tidak mampu untuk menyara persekolahan beliau dan adik beradik yang lain. Beliau amat bersyukur kerana telah ditempatkan di Asrama Kasih yang menampung semua perbelanjaan pembelajaran beliau. Sebagai balasan, beliau telah menghadiahkan kejayaan yang cemerlang dalam PMR. Beliau berharap kejayaan dalam pelajaran ini suatu hari nanti diharap dapat membantu meningkatkan kewangan keluarga beliau.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;