Shah Alam, 25/3/2006 - โ€œTerima kasih kepada YBK kerana melaksanakan program KUNTUM. Sesungguhnya program KUNTUM banyak membantu meningkatkan prestasi SPM pelajar-pelajar luar bandarโ€. Ini adalah rumusan ungkapan yang diberikan oleh guru-guru penyelaras program KUNTUM dalam mesyuarat pelaksanaan KUNTUM bilangan 1 tahun 2006.

Secara umumnya, prestasi SPM pelajar program KUNTUM tahun 2005 telah meningkat iaitu 95% dari 21 pusat telah mencapai peningkatan dalam peperiksaan SPM. Pencapaian dibuat berdasarkan perbandingan pencapaian setiap pelajar dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 dengan keputusan SPM mereka.

Walau bagaimanapun, dari 21 pusat tersebut, sebanyak 38% iaitu 8 pusat telah mencapai sasaran YBK iaitu peningkatan 15% ke atas. Peningkatan tertinggi berjaya dicapai oleh SMK Pendamaran Jaya yang berjaya mencapai 24.8%. Sebanyak 5 pusat telah meningkat peratus pencapaian 10%-15%. Sebanyak 7 pusat KUNTUM iaitu 33% meningkat pencapaian kurang 10%. Sementara itu, hanya sebuah pusat sahaja yang menurun pencapaian SPMnya jika dibanding pencapaian peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 pelajar mereka. Walaupun pencapaian mereka menurun sedikit, mereka berjaya mencapai peratus lulus yang agak tinggi iaitu 51.9%.

Pada tahun 2006, YBK meneruskan melaksanakan program KUNTUM dan telah meluluskan 2 pusat baru iaitu SMK Gedangsa dan SMK Jenjarom. Ini menjadikan sebanyak 23 pusat KUNTUM sedang berjalan pada tahun ini. Kelas tuisyen KUNTUM telah mula dilaksanakan sejak bulan Mac hingga Oktober 2006. Kerja-kerja mengemaskini data pelajar ke dalam Sistem Maklumat Kemiskinan dalam portal YBK sedang dijalankan. Dijangka bilangan pelajar pada tahun 2006 akan mencecah lebih 800 orang pelajar. Hampir 250 orang guru sukarelawan terlibat sebagai tenaga mengajar bagi melaksanakan program KUNTUM ini.

Pelaksanaan KUNTUM pada tahun 2006 adalah menggunakan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Pada tahun ini juga, elaun guru-guru yang mengajar telah dinaikkan dari RM20 sejam kepada RM30 sejam. Dengan kenaikan ini, YBK berharap guru-guru akan lebih bersemangat melaksanakan program KUNTUM ini.

YBK masih menetapkan sasaran pencapaian peningkatan 15% pada presatsi SPM tahun 2006 ini. Tahun 2005, sebanyak 38% pusat KUNTUM berjaya mencapai sasaran tersebut dan diharap tahun 2006 prestasi ini akan meningkat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;