- Hit: 1773
Pusat Latihan YBK Kuala Selangor, 20/5/2006 - Majlis Penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia(MLVK) kali ini menyaksikan seramai 100 pelatih menerima sijil MLVK dalam bidang masing-masing.Penganugerahan tahun ini bertambah meriah apabila satu-satunya pelatih wanita, Hurul Ain Hashim menerima sijil MLVK dalam bidang Mekanik Kenderaan Motor Tahap 1 setelah menamatkan kursus yang selama ini didominasi oleh pelatih lelaki.
Sijil-sijil telah disampaikan oleh Ketua Pembasmian Kemiskinan, Kementerian Pembangunan Luar Bandardan Wilayah,Β Mohd Fadzil Akram kepada 56 pelatih kursus Mekanik Kenderaan Motor Tahap 1 dan 2 dariΒ Pusat Latihan YBK dan 44 pelatih kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat dan kursus Kemahiran Pemasaran dari Akademi Mutiara YBK Sdn Bhd. Anugerah Pelatih Terbaik bagi PLYBK disandang oleh Soffian Eshak dari kursus Mekanik Kenderaan Motor Tahap 2 manakala Mohd Nafzril Abd Manaf telah terpilih sebagai pelatih terbaik AMYSB.