- Hit: 1665
BANTUAN BIAYAI PROJEK TANAMAN PISANG (YBK.08.03.020 SJ 4-23)
Dewan Desa Kasih Merbau Berdarah - Satu mesyuarat Jawatankuasa Penduduk yang di pengerusikan oleh En Zulhairy Jalaluddin telah di adakan. Mesyuarat di hadiri oleh semua JKP penduduk Desa Kasih Merbau Berdarah dan juga seorang Penyelia dari Pusat Zakat Selangor iaitu Ustaz Ridzuan. Isu di bincangkan adalah kerjasama perlaksanaan program bantuan kemiskinan di antara Pusat Zakat dan Yayasan Basmi Kemiskinan.
Hasil daripada perbincangan mesyuarat, pihak YBK telah bersetuju untuk menaja 10 penduduk kasih Desa Kasih untuk melaksanakan 10 projek tanaman pisang sebagai sumber pendapatan tambahan. Namun pemilihan untuk 10 penduduk yang layak untuk projek ini akan di putuskan sendiri oleh Mesyuarat Jawatankuasa Penduduk yang akan di adakan dalam masa terdekat. Pihak pusat zakat telah bersetuju dan akan memberi sokongan jika projek ini berjaya di laksanakan. Selepas Mesyuarat YBK telah meninjau kawasan tanah dan contoh kebun-kebun tanaman pisang yang telah di laksanakan.
YBK membiayai sebanyak RM14,550.00 di bawah program Desa Kasih Cemerlang Lanjutan , Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah untuk prgram ini. Ini termasuk pembelian anak benih pisang, baja dan racun yang memberi faedah kepada 10 peserta yang dipilih oleh JKP Desa Kasih Merbau BerdarahΒ