8/3/1992 - YBK telah menganjurkan Seminar Kemsikinan Sehari di Dewan Muktamar Pusat Islam. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Dr Hamid Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini bertujuan membentangkan kertas kerja bagi mencari langkah agresif dan bersistematik serta bersepadu dalam menangani isu kemiskinan. Seramai 400 orang peserta dari kalangan pelbagai peringkat dan agensi menyertai seminar ini.

7 resolusi telah dihasilkan iaitu menyokong cadangan TPM di JPM supaya Majlis Perunding Pembasmian Kemiskinan Negara (MPPKN) ditubuhkan, mencadangkan supaya ditubuhkan satu skim kesejahteraan untuk wanita untuk membantu mereka apabila mereka jadi miskin akibat kematian suami, mencadangkan JAIS terlibat secara aktif dalam membasmi kemiskinan, YBK memajukan cadangan kepada kerajaan supaya memperuntukkan kuota khas kepada pelajar miskin untuk diterima belajar di universiti tempatan, penubuhan Biro Kemiskinan di sekolah, kampung, kawasan setinggan, rumah pangsa dsbnya, kaji semula proses pemberian tanah supaya orang miskin mendapat tanah dan mencadangkan supaya surau-surau turut dilibatkan mengutip derma bagi membantu YBK. Majlis penutup telah dilakukan oleh YAB MB Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;