- Hit: 1821
YBK telah menganjurkan Projek Bakti Masyarakat mahasiswa Universiti Putra Malaysia di Kg. Orang Asli Bukit Manchong, Hulu Selangor.
Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Hj Ramli Sutan melibatkan seramai 67 pelajar Orang Asli yang akan menduduki UPSR dijadikan anak angkat YBK. Antara kegiatan projek ialah menubuhkan tadika dan kelas khas kanak-kanak Orang Asli yang tidak pernah ke sekolah dan membantu mencari jalan meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian di kalangan Orang Asli. Projek Bakti Masyarakat ini adalah anjuran bersama YBK, JAIS dan JHEOA.