Shah Alam, 14/5/1992 - YBK telah melaksanakan Program Skim Pinjaman YBK yang dilancarkan oleh YB Menteri Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat, Dato’ Napsiah Omar. Skim Pinjaman Ekonomi dilancarkan bertujuan membantu golongan yang berpendapatan rendah memulakan perniagaan.

Pelancaran skim telah diadakan di Dewan Jubli Perak Shah Alam. Turut hadir ialah Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Skim ini menyediakan peruntukan RM200,000 dibawah skim pinjaman tanpa faedah bertujuan membantu keluarga miskin seluruh Selangor berkecimpung dalam bidang perniagaan kecil-kecilan. Antara lain peserta dibenar meminjam RM500.00 – RM1,000.00 dan menjelaskannya dalam tempoh 12 bulan. Pinjaman boleh diberi melebihi RM1,000.00 jika projek yang dijalankan berdaya maju dan boleh memberi pekerjaan kepada ramai penduduk miskin.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;