- Hit: 1637
Pengerusi YBK Tuan Haji Zainal Abidin Hj Sakom bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK telah membuat lawatan ke Rumah Spastik, Petaling Jaya. Lawatan ini bertujuan mengenali dengan lebih dekat dan mempelajari kaedah pengurusan anak-anak cacat di sini.
Lawatan ini juga berjaya meningkatkan kesedaran dan moral di kalangan peserta bahawa mereka sentiasa mendapat perhatian dan sokongan dari orang ramai dan badan pertubuhan bukan kerajaan seperti YBK. Sempena lawatan ini YBK telah memberi peluang kepada peserta spastik/cacat menyertai Lumba Jalan Amal projek sempena Program Makan Sejuta Harapan pada 25 Julai 1992.