Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah merasmikan Pusat Latihan YBK di kawasan perindustrian Bandar Baru, Kuala Selangor. Pusat ini bertujuan untuk memberi kemahiran teknikal dalam bidang kejuruteraan kepada anak melayu dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah agar dapat berdaya maju.

Projek ini adalah merupakan projek membawa institusi pengajian ke luar Bandar dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui pembiayaan operasi dan pengurusan oleh pihak UMW dan Kontena Nasional. Turut hadir ialah Dato Abdul Khalid Ibrahim (CEO PNB), CEO UMW dan Kontena Nasional serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Dalam ucapan beliau, MB mencadangkan syarikat swasta mewujudkan perkhidmatan korporat untuk masyarakat bagi memenuhi tanggungjawab social dengan mencontohi program One Percent Club di Jepun dimana setiap syarikat menyumbangkan 15 daripada keuntungan setiap tahun untuk kerja amal dan kebajikan.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;