- Hit: 1550
YBK telah mengadakan Kursus Bina Diri III 15-20 Nov 1992 di Kamsis Ungku Umar Universiti Kebangsaan Malaysia. Majlis penutup telah disempurnakan oleh EXCO Kerajaan Negeri Dr. Zainal Abidin Ahmad. Kursus Bina Diri yang melibatkan 177 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Selangor selama 6 hari bertujuan membina keyakinan diri dikalangan pelajar yang mengambil bahagian. Turut sama dalam majlis ini adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dr. Shafie Salleh dan Dr. Mizan Adilliah, pensyarah Fakulti Pengajian Pendidikan & Kaunseling sebagai penyelaras projek. Kursus ini dianjurkan oleh YBK, JAIS, UPM dan Yayasan Selangor.