Subang, 13/12/1992 - Menteri Besar Selangor turut menyerikan acara menyambut ketibaan kumpulan kedua 28 rakyat Bosnia & Herzegovina di LTAB Subang. Kejayaan membawa masuk kumpulan 28 orang ini adalah diatas inisiatif pihak ABIM manakala YBK turut membantu dalam menganjurkan acara sambutan ini.

Tujuannya adalah untuk membantu menyelamatkan umat Islam yang tertindas, di negara yang ditimpa peperangan. Turut menyerikan majlis ialah Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Napsiah Omar, Datin Paduka Zaleha Ismail Timbalan Menteri Pengangkutan, Presiden ABIM Dr. Muhammad Nur Manuty dan Rector UIA Dato Dr Abdul Hamid Sulayman. Kerajaan Negeri Selangor melalui YBK akan menaja pengajian 32 pelajar di UIA.Β 

YBK akan membiayai yuran pengajian sepanjang mereka belajar di UIA dalam bidang=bidang yang ditawarkan oleh pihak universiti

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;