Kecemerlangan pendidikan anak-anak Jambor Sakti terserlah lagi dengan kejayaan 5 orang pelajarnya yang mendapat 5A dalam UPSR baru-baru ini. Kejayaan ini memberi makna yang besar kepada YBK dalam meneruskan program pembasmian kemiskinannya melalui pendidikan.

Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom berkata kejayaan ini membuktikan bahawa anak-anak dari golongan miskin yang dahulunya tidak begitu cemerlang dalam pelajarannya, jika diberi peluang akan membuahkan hasil yang membanggakan dan ini terbukti dengan keputusan UPSR kali ini.

Menurut beliau lagi, selain daripada 5 orang pelajar yang menerima 5A, tiga orang lagi mendapat  4A 1B. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ialah Mohd Hanif Mahzud Badrol, Nurul Amalina Apandi, Safuan Nordin, Syed Hazid Baharuddin dan Ayed Muharam Hajah. Kelima-lima pelajar ini telah melanjutkan pelajaran mereka di sekolah berasrama penuh.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;