Kelana Jaya, 28/2/2007 - Seramai 3 orang pegawai daripada Unit Keusahawanan Pembangunan Masyarakat Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Puan Hajah Noridah Abdul Hamid, Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan Masyarakat Negara Brunei dan Puan Mumtaj Begum Mohd Sultan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia telah membuat kunjungan kerja sehari ke YBK. Tujuan lawatan adalah untuk mempelajari dan berkongsi pengalaman dalam usaha kerajaan Malaysia dan organisasi bukan kerajaan bagi mengusahakan projek keusahawanan dan menjana pendapatan khususnya bagi meningkatkan ekonomi warga miskin, tua, ibu tunggal, anak yatim dan sebagainya. Rombongan telah diberi taklimat berkaitan program-program YBK

Rombongan dari negara Brunei ini dibawa melawat ke Asrama Kasih, Serendah.  Taklimat ringkas Asrama Kasih telah disampaikan oleh  Datin Hartini Osman, Pengerusi Asrama Kasih, kemudian para pegawai di bawa melawat sekitar kawasan asrama dan beramah mesra dengan anak-anak Asrama Kasih 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;