YB Dato’ Zainal Abidin bin Sakom turut menyampaikan sumbangan kepada para pelajar yang cemerlang PMR tahun lalu terdiri daripada yang mendapat 8A (3 orang), 7A (2 orang), 5A (2 orang), 4A (2 orang) dan 3A (4 orang). Pengerusi YBK telah menyampaikan cenderahati kepada Pengetua SMk Serendah dan pihak Penjara Sg Buluh yang telah maltih anak-anak asrama dalam pasukan. Majlis di hadiri YB Dato’ Zainal Abidin bin Sakom, YBhg Datin Sharifah Ahmad, YBhg Datin Hartini Osman, YBerusaha Tuan Hj Tukiman Nail, En Nazri Ahmad Dahalan, En Sapian daripada Penerangan Daerah dan hampir 400 orang pelajar dan ibubapa
- Hit: 1675
Dewan Asrama Kasih YBK - YB Dato’ Zainal Abidin bin Sakom telah mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan asrama dan kepada pihak Sekolah Menengah Serendah kerana berjaya mendidik anak-anak asrama kasih YBK mencapai kejayaan. YB Dato’ juga berharap agar ibubapa dapat memerhatikan aktiviti anak-anak apabila berada di rumah. Seterusnya YB Dato’ berharap agar semua anak-anak asrama kasih belajar bersungguh-sungguh dan semoga kecemerlangan dapat diteruskan.