YBK telah memilih 43 buah sekolah untuk Program KUNTUM bagi tahun 2007.  Setelah 14 tahun program ini dilaksanakan di Selangor, pada tahun ini YBK memberi peluang kepada pelajar-pelajar miskin di luar Selangor untuk menikmati tuisyen percuma ini bagi membantu mereka menghadapi peperiksaan  SPM.


Justeru sebanyak 33 buah sekolah dari seluruh Malaysia telah dipilih bagi menyertai program KUNTUM ini yang akan bermula pada bulan April 2007. YBK telah memilih empat buah sekolah di Perak, Johor (4), Kedah (4), Kelantan (4), Melaka (2), Negeri Sembilan (3), Pahang (2), Perlis (4), Pulau Pinang (2) dan Terengganu (5).

Satu sesi perjumpaan dengan penyelaras program KUNTUM di negeri Selangor telah diadakan pada 16 Mac di pejabat YBK Kelana Jaya. Perjumpaan ini bertujuan memberi taklimat dan penerangan berkaitan perlaksanaan program KUNTUM.  Sesi taklimat untuk penyelars program KUNTUM di luar Selangor juga telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai YBK mengikut negeri masing-masing pada 19 hingga 24 Mc 2007.  

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;