Hulu Selangor, 6/5/2007 - Sempena Sambutan Hari Kemedekaan Negara Yang Ke 50, Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor dengan kerjasama Institusi Dewan Undangan Negeri N07 Batang Kali menganjurkan Pertandingan Menulis Esei, Pidato, Menulis Puisi dan Melukis Poster. Pertandingan terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di semua sekolah-sekolah di dalam kawasan DUN Batang Kali. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SMK Serendah, SMK Bukit Sentosa, SMK Taman Bunga Raya Bukit Beruntung, SMK Sg Buaya, SMK Syed Mashor Batang Kali dan SMK Ulu Yam.

YB Dato Zainal Abidin Hj Sakom selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali merangkap Pengerusi YBK, menyatakan pertandingan diadakan bertujuan memupuk semangat patriotism dan kepimpinan di kalanggan murid-murid sekolah yang akan mengisi kepimpinan masyaraklat di masa hadapan

Majlis Pelancaran telah diadakan di SMK Serendah dhadapan semua murid-murid sempena perhimpunan mingguan sekolah. YB Dato juga telah menyaksikan persembahan pentomin oleh pelajar-pelajar sekolah tentang sejarah kemerdekaan negara yang juga dihadiri oleh wakil-wakil guru dari kawasan Batang Kali

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;