Serendah, 25/6/2007 - Mohd Arif bin Othman dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali telah diumumkan sebagai Johan Pertandingan Pidato Sempena Program Gemilang Kemerdekaan 50 Tahun Yayasan Basmi Kemiskinan sekolah seluruh Batang Kali. Seramai 192 orang peserta dari sekolah-SMK Serendah, SMK Bukit Sentosa, SMK Taman Bunga Raya Bukit Beruntung, SMK Sg Buaya, SMK Syed Mashor Batang Kali dan SMK Ulu Yam telah mengambil bahagian dalam berbagai acara yang dipertandingkan.


Acara yang dipertandingkan adalah Pidato, Deklamasi Sajak, Melukis Poster, dan Menulis Esei untuk kategori menengah rendah (Tingkatan 1-4) dan Menengah Atas (Tingkatan 5 - 6). Mereka yang telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan adalah
PidatoĀ (Menegah Atas) - Mohamad Arief bin OthmanĀ (SMK Bandar Baru Batang Kali),Ā PidatoĀ (Menengah Rendah) -Ā Nurshazareena Suhaida bt ZaitĀ (SMK Bkt Sentosa),Ā Deklasamasi Sajak PatriotikĀ (Menengah Atas) - Mohamad Fuad bin Ahmad,Ā (SM Sains Hulu Selangor),Ā Deklasamasi Sajak Puisi PatriotiĀ (Menengah Rendah)- Nur Ain bt Badrul ZamanĀ (SM Sains Hulu Selangor),Ā Melukis Poster
(Menengah Atas) - Chan Jit YuenĀ (SMK Bandar Baru Batang Kali),Ā Melukis PosterĀ (Menengah Rendah) - Nadira Natasha bt MMohd NazanĀ (SMK Bandar Buaya),Ā Menulis EseiĀ (Menengah Atas) - Noor Shaza Akma bt Shamsuddin (SMK Sg Choh),Ā Menulis EseiĀ (Menengah Rendah) -Ā Erly Furhana Furny bt SaharudinĀ SMK Bkt Sentosa)

YB Dato Zainal Abidin Hj Sakom selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali merangkap Pengerusi YBK, telah merasmikan Majlis Penutup Pertandingan yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah. Menurut YB Dato semua pemenang pidato dan deklamasi sajak patriotik akan membuat persembahan di hadapan orang ramai sempena menyambut Malam Kemerdekaan DUN Batang Kali yang akan diadakan di Dewan Orang Ramai Batang Kali LIga Mas pada malam 31 Ogos akan datang

šŸŒ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

šŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Ā 03 7875 0036
FAKS :Ā 03 7875 0719
E-MEL :Ā ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;