- Hit: 1706
Serendah, 20/7/2007 - Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor telah memberi bantuan peralatan perniagaan dan wang modal kepada Persatuan Ibu Tunggal Selangor Gugusan Serendah. Bantuan yang diberikan adalah sebuah mesin jahit tepi, sebuah mesin jahit sulaman dan wang modal sebanyak RM5,000.00, berjumlah RM9,815.00. YBK juga bercadangkan akan membekalkan sebuah mesin jahit biasa (terpakai). Peralatan tersebut adalah untuk kegunaan ahli-ahli persatuan bagi meningkatkan pendapatan ahli dan persatuan.
Bantuan peralatan telah disampaikan kepada Pengerusi Persatuan Che Puan bt Kassim di pejabat persatuan Desa Anggerik di Serendah hari ini. Ini adalah merupakan bantuan YBK yang dijanjikan oleh YB Dato Zainal Abidin Hj Sakom Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor N07 Batang Kali yang juga selaku Pengerusi YBK. YBK telah menyatakan komitmen akan terus membantu persatuan membantu ahli meningkatkan pendapatan melalui pembiayaan peralatan perniagaan yang sesua