Kelana Jaya, 17/7/2007 - YBK telah menerima kunjungan hormat dari pengurusan Yayasan Bandaraya Johor Bahru, YBJB hari ini di pejabat YBK. Yayasan Bandaraya Johor Bahru adalah sebuah pertubuhan bukan kerjaan yang ditubuhkan oleh pihak Bandaraya Johor Bahru yang bergiat aktif dalam dalam bidang pendidikan. Antara aktiviti utama mereka adalah memberi bimbingan pelajaran kepada pelajar miskin di sekitar daerah Johor Bahru. Rombongan yayasan yang turut hadir adalah terdiri daripada Setiausaha Yayasan Tuan Hj Abdul Ghazali bin Karim, Pengurus Eksekutif Puan Juraidah bt Hassan dan 4 orang pegawai yayasan. Mereka telah diberi taklimat ringkas berkenaan pengalaman YBK 17 tahun merancang dan melaksanakan program-program sosio-ekonomi membantu kerajaan membasmi kemiskinan di Selangor.

Disebelah petang rombongan telah dibawa melawat ke Pusat Latihan YBK di Kuala Selangor salah satu program YBK membantu golongan miskin mendapatkan kemahiran dalam bidang automatif . Di pusat latihan ini romboingann diberi taklimat tentang operasi pusat latihan dan melawat bengkel tempat pelatih menerima latihan kemahiran.ย 

๐ŸŒ BERKENAAN LAMAN INI

๐Ÿ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

๐Ÿ“ž TEL :ย +60 (3) 7875 0036
๐Ÿ“  FAKS :ย +60 (3) 7875 0719
๐Ÿ“ง E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;