- Hit: 1794
Menara KL, 4/7/2007 - YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tetamu istimewa Yayasan Basmi Kemiskinan sempena Malam Sejuta Harapan Ke 5 - Malam Mencapai Bintang telah hadir dan menyempurnakan majlis tersebut. Semua warga kerja YBK berasa sangat bertuah apabila YAB Dato Seri hadir bersama dengan isteri iaitu Datin Seri Jeanne Abdullah pada pukul 9.00 malam dan mengundur diri pada jam 11.30 malam.
Tetamu pada Malam Mencapai Bintang tersebut telah dipersembahkan dengan persembahan nyanyian dan lakunan oleh pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK Serendah, Asrama Kasih Gesir, pusat Pemulihan Dalam Komuniti dari sekitar Hulu Selangor. Adalah dianggarkan seramai 1,000 orang jemputan termasuk YB Senator Muhammad bin Muhd Taib selaku Pengasas YBK telah memenuhi jemputan YBK ke majlis yang penuh bersejarah tesebut. YBK juga telah mengambil kesempatan meraikan YAB Dato Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dan isteri dengan jamuan pulut kuning sebagai tanda simbolik semuga YAB Dato Seri dan isteri sentiasa sihat dan sejahtera
Pada malam tersebut YBK menganugerahkan Tokoh Kemiskinan Dato Seri Abdullah bin Ahmad Badawi YBK kepada Datuk Paduka Rahmah bt Kassim, bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sebagai mengenang jasa dan sokongan kepada YBK merancang dan melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan sepanjang 1990-2000.