Serendah, 28/8/2007 - Pihak YBK telah menyalurkan bantuan yang berupa perlatan perniagaan kepada 2 ibu tunggal yang bernama Puan Haliza Binti Hamdan (YBK.08.03.020 SJ4-52) dan Puan Jamaiyah Binti Mohammad Hussin (YBK.08.03.020 SJ 4-44) yang mempunyai perniagaan kecil-kecilan di rumah dalam membuat pemprosesan makanan untuk memperkembangkan perniagaan mereka.

Puan Haliza Binti Hamdan telah menerima sumbangan dari pihak YBK,seperti Oven Elektrik yang berharga RM4,500.00 dan pengadun tepung yang berharga RM1,900.00

Permohonan Puan Jamaiyah Binti Mohammad Hussin, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak yang bersekolah telah diperakukan oleh Pusat RAHMAT Kuala Lumpur. YBK telah membiayai peralatan seperti 12 tray Gas Steamer yang berharga RM3,500.00 dan High Speed Grinder yang berharga RM1,450.00. Bantuan peralatan perniagaan tersebut di harap dapat digunakan sebaik mungkin untuk menjana pendapatan keluarga secara keseluruhannya

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;