Kelana Jaya, 20/8/2007 - “Prinsip Sunnatullah Dalam Al-Quran” menjadi tajuk perbincangan di Majlis Ilmu yang dianjurkan oleh YBK. Tajuk ini telah disampaikan oleh Malim Ghazoli Rashid PK yang juga penulis buku bertajuk “ Kebenaran Mutlak Memahami Kesempurnaan”.

Majlis ilmu ini  dihadiri oleh Pengerusi YBK Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom dan Haji Bing Selamat Amir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK serta 60 orang tetamu. Dalam ucapan aluan, Dato’ Zainal berharap agar majlis ilmu ini dapat memberi manfaat dan menambah ilmu kepada semua tetamu yang hadir bagi menghadapi dunia yang penuh dengan cabaran dan mendekatkan lagi diri dengan ajaran Islam.

Tajuk yang dipilih ini telah mengupas beberapa pengajaran yang didapati di dalam Al-Quran yang sedikit sebanyak membuka minda para jemputan. Beliau menerangkan, antaranya ialah Allah SWT telah menetapkan kesemua kejadian  Allah telah tetapkan sukatannya sendiri dan tiada yang tidak bersukat, semua ada matematiknya termasuk pokok, sarang labah-labah, anggota badan manusia dan lain-lain. Antara penemuan yang telah ditemui oleh beliau setelah mengkaji selama hampir 11 tahun, ialah Allah jadikan sesuatu mesti asasnya berangka 6 dan sesuatu zarah itu berpusing atau bergerak tetap membesarkan Allah SWT.  Namun beliau berkata, semua penemuan saintifik yang terdapat di dalam al Quran adalah bergantung pada kita sendiri untuk mengkajinya.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;