Kelana Jaya, 10/10/2007 - Satu lawatan daripada Unit Pembangunan Negeri (UPEN) Terengganu di wakili En. Azmi bersama Pusat Prihatin Rakyat Terengganu telah di adakan. Kehadiran mereka mengadakan sessi lawatan ini adalah untuk mempelajari bagaimana YBK selaku NGO bertindak dalam menangani masalah-masalah kemiskinan di Selangor.

Harapan mereka supaya kaedah-kaedah yang akan mereka laksanakan akan lebih mantap dan fokus dalam menangani isu yang sama di tempat mereka. Mereka juga telah mempunyai data lengkap kemiskinan seluruh Terengganu dan sekarang ini sedang mencari jalan dan pendekatan yang lebih berkesan. Dalam membantu usaha mereka, En. Zulhairy Jalaluddin telah serba sedikit latarbelakang YBK serta kaedah-kaedah yang telah dilaksanakan. 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;