YBK telah meluluskan bantuan pembiayaan latihan kemahiran kepada seorang ibu tunggal sejak 12 tahun yang mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah dari Subang. Anak pertama sedang menuntut di UNISEL, anak ke dua Tingkatan 2 dan anak ke tiga Tahun 1.

Nilai pembiayaan sebanyak RM 2,350.00 dalam bentuk bayaran kursus telah di berikan kepada Puan Absah bt. Haji Hashim. Beliau akan mengikuti kursus Jahitan Pakaian Peringkat Asas selama 2 bulan di SNS Jaya Enterprise. Kompleks PKNS Shah Alam Selangor. Dengan penguasaan kemahiran menjahit tersebut, Puan Habsah akan mendapatkan kemahiran hidup iaitu menjahit. Dengan kemahiran ini adalah diharapkan beliau dijangka dapat meningkatkan pendapatannya.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;