Sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha, satu rakaman khas rancangan korban bersama Astro untuk di muatkan dalam siaran baru Astro Oasis telah di adakan di Asrama Kasih Serendah. Rakaman tersebut telah di serikan dengan kehadiran Mawi dan Heliza yang merupakan ikon bagi slot terbaru di Astro. Rakaman telah dijalankan dengan jayanya dan mendapatkan kerjasama dari anak-anak yatim Asrama yang ternyata gembira dengan kehadiran bintang pujaan mereka.
Pelbagai aktiviti-aktiviti telah di adakan dari pagi ke petang bagi mengisi slot rakaman program ini, antaranya membersih surau, takbir di pagi raya, upacara penyembelihan lembu dan memasak. Di kesempatan itu ramai pengunjung-pengunjung yang hadiri mengambil gambar. Rakaman program turut di hadiri oleh Pengerusi YBK, Dato` Zainal Abidin bin Haji Sakom berserta isteri, Datin Hartini Osman