Serendah, 2/1/2008 - Pada sesi persekolahan 2008,  YBK telah membuka peluang kepada 62 pelajar baru yang  terpilih untuk memasuki Asrama Kasih di Serendah. Pendaftaran untuk Asrama kasih dan Jambo Sakti telah bermula pada 2 Januari 2008 di Asrama Kasih, Serendah. Seramai 11pelajar daripada Kelantan, Johor, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang telah terpilih untuk meneruskan pelajaran mereka di asrama ini. 

Manakala seramai 22 orang pelajar telah terpilih untuk memasuki Asrama Jambo Sakti di Gesir, Hulu Selangor untuk meneruskan pengajian mereka bagi sesi 2008. Asrama Jambo Sakti ini memberi peluang kepada anak-anak miskin dan yatim untuk meneruskan pelajaran mereka di Tahun Empat, Lima dan Enam di sekolah yang berdekatan dengan asrama. Mereka terdiri daripada Tahun 6 (10 pelajar), Tahun 5 (6 orang), Tahun 4 ( 4 pelajar), dan Tahun 3 seramai 2 orang.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;