- Hit: 1768
Kelana Jaya, 16/2/2008 - Seramai lebih 20 ahli Sukarelawan YBK telah menghadiri perjumpaan bulanan ahli-ahli Sukarelawan yang diadakan pada 16 febdruari 2008 di Ibu Pejabat YBK, Kelana Jaya. Majlis dimulai dengan ucapan dan taklimat dari Pengerusi Sukarelawan YBK, Datin Hartini Osman. DSalam ucapannya beliau mengalu-alukan kedatangan para Sukarelawan dan memberi taklimat ringkas tentang penubuhan, aktiviti dan keistimewaan yang diberikan kepada Sukarelawan YBK.
YBK juga menjemput seorang penceramah iaitu Mohd Khairul Nizam Hamzah, Sukarelawan Yayasan SALAM yang aktif dalam bidang sukarelaΒ untuk berkongsi pengalaman beliau semasa menjalankan tugas-tugas seperti membantu mangsa tsunami di Aceh, mangsa bencana alam Jogjkarta, mangsa ribut tsunami di Pulai Nias dan Kuala Kedah. Sesi ceramahnya berjaya menaikkan semangat ahli Sukarelawan YBK.
Antara yang turut hadir ialah Haji Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Zulhairy Jalaluddin, Zulkifli Jali, Pengetua Pusat Latihan YBK dan Norleza Hambali, Pengurus Pusat MLVK, Gesir.