Untuk kawasan utara ini perbincangan dengan guru atau Penyelaras KUNTUM sekolah yang terlibat telah diadakan di Holiday Villa (Kedah) pada 13 Mac 2008 dan Pearl View (Pulau Pinang) pada 14 Mac 2008. Semua guru penyelaras KUNTUM dari sekolah yang terlibat telah hadir dalam majlis perbincangan tersebut. Sesi perbincangan tersebut diadakan bagi memberi penerangan tentang tatacara program KUNTUM yang dijalankan termasuk pemilihan pelajar, tatacara tuntutan elaun guru dan mengemaskini prestasi pelajar yang mengikuti program sepanjang 2008
- Hit: 1692
Sebanyak 10 buah sekolah luar bandar dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah terpilih mengikuti program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu, KUNTUM untuk tahun 2008 ini. Sekolah yang terpilih adalah 4 sekolah di Perlis iaitu SMK Kuala Perlis, SMK ABI, SMK Syed Alwi dan SMk Arau, 3 sekjolah di Kedah iaitu SMK Tg Puteri, SMK Kubur Panjng dan SMK Pokok Sena dan 3 sekolah di Pulau Pinang aitu SMK Teklok Kumbar, SMK Bkt Gelugir dan SMK Guar Perahu. Sekolah tersebut merupakan sebahagian sekolah yang terpilih dari seluruh negara (kecuali Sabah dan Sarawak) untuk mengikuti programn tuisyen untuk pelajar miskin yang akan mengambil SPM pada tahun 2008 ini.