Shah Alam, 12/4/2008 - YBK akan terus memberi tumpuan kepada program pembasmian kemiskinannya khususnya di Selangor dalam membantu kerajaan membasmi kemiskinan, termasuk kemiskinan minda, ilmu pengetahuan, kemahiran dan lain-lain.

Bagi merialisasikan impian tersebut YBK telah mengadakan  Sesi Percambahan Fikiran yang bertujuan mencari idea dan mendapatkan cadangan yang bernas yang boleh membantu YBK melaksanakan semua aktiviti-aktiviti pembasmian kemiskinannya, ujar Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Haji Sakom dalam ucapan aluannya pada majlis tersebut.

Menurut beliau lagi, ini perlu kerana setelah 18 tahun YBK berkecimpung dalam program pembasmian kemiskinannya, YBK perlu lebih mantap dalam menyusun dan melaksanakan program-programnya supaya semua kumpulan sasar yang terlibat dapat dibantu dengan seadil-adilnya. Justeru, beliau berharap semua peserta yang hadir untuk memberi cadangan-cadangan yang bernas bagi membantu YBK merangka program-programnya dan seterusnya mengemukakan kertas kerja memperakukan kepada pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagaimana YBK boleh terlibat secara aktif sebagai rakan Desa KKLW bagi membantu KKLW dalam menjalankan program pembasmian kemiskinan dan pembangunan modal insan. 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;