Orang Asli Changkat Bintang Hulu Bernam - Buat kali keduanya YBK menganjurkan program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita bertempat di Perkampungan Orang Asli Changkat Bintang, Hulu Bernam. Program kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk di perkampungan tersebut di mana kesemua penduduk wanitanya telah melakukan pemeriksaan kesihatan ini.  Manakala kaum lelaki juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma ini.

Program yang dibiayai oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan reproduktif di kalangan wanita luar Bandar khasnya wanita orang asli. Antara program yang diadakan pada kali ini ialah taklimat kesihatan yang disampaikan oleh Dr. Saiah Abdullah, Pengarah Kesihatan di Hospital HEOA Gombak di samping pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan pap smear, pemeriksaan barah payu dara, pemeriksaan tekanan darah, kolesterol, dan pemeriksaan kesihatan biasa.

Dalam ucapan perasmian penutup program ini, Dato’ Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penduduk Kg Orang Asli Changkat Bintang yang diketuai oleh Tok Batin Hasan bin Kaku  kerana sudi menerima kedatangan YBK dan juga bekerjsama dalam menjayakan program yang diadakan ini. Beliau juga berharap agar program yang diadakan oleh YBK ini akan memberi  manfaat kepada semua penduduk di perkampungan ini khususnya kaum wanita. YBK juga turut menyumbang sebuah kerusi roda kepada Abam Abdullah, 68 tahun yang tidak mampu untuk berjalan akibat daripada penyakit yang dialaminya. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Dato’ Zainal Abidin Sakom.

Turut hadir di majlis penutup ialah Haji Mior Adam Hasim, Pegawai Hal Ehwal Orang Asli Hulu Selangor,  Datin Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK,  Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Hasan Kaku,  Tok Batin Kg Changkat Bintang, , Mt Said Haji Awang,  Penggerak Orang Asli  Hulu Selangor, Ustaz Roslan Ros,  Penggerak Orang Asli Changkat Bintang, Isman Ahmad, Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Shahriman Shamsudin, Pegawai AADK Hulu Selangor. YBK juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Sukarelawan YBK, kakitangan Pusat Kesihatan Sungai Selisik,  KEMAS Hulu Selangor, Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor, pelajar-pelajar Akademi MLVK, Gesir kerana telah bersama-sama menjayakan program pada kali ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;