- Hit: 2085
Kuala Selangor, 10/7/2008 - Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan bersama rombongan dari kalangan ahli Lembaga Pemegang Amanah, kakitangan dan SUKARELAWAN YBK telah menghadiri sesi taklimat tentang penternakan ikan talapia merah secara kolam kanvas di Kuala Selangor hari ini.
Taklimat operasi dan potensi ternakan ikan talapia merah telah diberi oleh wakil TAJ SEGAR Sdn Bhd yang menjalankan ternakan ikan talapia merah secara komersial dengan teknologi Efektif Microorganisme (EM). Syarikat menyediakan peluang kepada orang ramai untuk menyertai pakej menternak ikan talkapia merah ini yang akan diuruskamn oleh syaraikat dengan modal sebanyak RM40,000 secara pinjaman sendiri.