Shah Alam, 5/8/2008 - YBK telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan KARANGKRAFT Sdn Bhd iaitu penerbit akhbar komuniti harian SINAR. Dalam perbincangan tersebut Dato Pengerusi YBK telah meminta jasabaik akhbar SINAR membantu YBK dalam menjaya dan menjalankan usaha promosi program-program YBK khususnya dalam program pendidikan.

Karangkraft yang diketuai oleh Ketua Editor Kumpulan En Abdul Jalil Ali, bersama Pengurus Perhubungan Koperat, Encik Hashim Anang dan Ketua Editor edisi SINAR Selangor En Mohd Norazmi Tarmizi telah menyatakan persetujuan akan membantu YBK. Malah untuk program yang terdekat SINAR akan membantu YBK menjayakan program Motivasi Teknik Belajar Menghadapi Peperiksaan yang akan diadakan di Universiti Malaya pada 23 Ogos 2008.

Sebelum itu rombongan YBK dari kalangan ahli lembaga pemegang amanah dan pegawai telah dibawa melawat ke seluruh bahagian penerbitan, percetakan dan editor KARANGKARAFT yang mempunyai seramai hampir 1,400 orang kakitangan yang terdiri dari pelbagai profession seperti jurnulist, editor, multimedia grafic desinger, kakitangan percetakan. Rombongan YBK telah diberi taklimat oleh Encik Hashim Anang berkenaan seluruh proses percetakan akhbar SINAR dan majalaha terbitan KARANGKRAFT.

๐ŸŒ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

๐Ÿ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

๐Ÿ“ž TEL :ย +60 (3) 7875 0036
๐Ÿ“  FAKS :ย +60 (3) 7875 0719
๐Ÿ“ง E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;