Serendah, 14/9/2008 - Asrama Kasih YBK Serendah. Seramai 400 orang tetamu dari kalangan pelajar asrama, pegawai-pegawai kerajaan dari Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Tan Sri Mat Aseh Che Mat, samada yang masih berkhidmat atau yang telah bersara bersama penduduk sekitar telah menghadiri majlis berbuka puasa di Asrama Kasih YBK. Majlis ini diadakan dan dibiayai oleh Tan Sri Mat Aseh dan rombongannya untuk menjamu pelajar asrama termasuk warga YBK dan penduduk di sini,Β  termasuk pelajar Asrama JAMBOR SAKTI Gesir.

Sempena majlis tersebut Tan Sri MatΒ  Aseh telah mengagih-agihkan hadiah hari raya berbentuk kewangan kepada setiap pelajar yang berjumlah sebanyak RM20,000.00 dan juga kain untuk pakaian hari raya. Dato Zainal Sakom yang turut hadir dalam majlis tersebut telah mermberikan tazkirah kepada para jemputan juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri dan rombongannya kerana setiap tahun datang ke Asrama Kasih YBK Serendah dan membiayai majlis berbuka puasa disamping memberi hadiah hari raya kepada pelajar.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;