Kelana Jaya, 2/9/2008 - YBK mengadakan perbincangan dengan KEMAS Selangor dalam merancang dan melaksanakan program sosial di dalam negeri Selangor. Antara program yang dirancangkan termasuklah mengenalpasti dan melaksanakan program baik-pulih dan bina-semula rumah keluarga termiskin di Selangor.

Untuk tujuan tersebut satu perbincangan telah diadakan antara KEMAS Selangor yang diwakili oleh Puan Faridah Ahmad (Penyelia Kanan Perhubungan KEMAS Negeri Selangor) dengan Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Hj Sakom di pejabat YBK. Mesyuarat telah memutuskan, KEMAS Selangor akan menyediakan senarai rumah keluarga miskin yang perlu dibaik-pulih atau dibina-semula berdasarkan Laporan Program Jalinan Kasih. YBK sebagai NGO akan memohon peruntukkan kewangan dari kerajaan persekutuan. Mesyuarat juga bersetuju YBK dengan KEMAS akan menjalankan usaha-sama menjalankan kajian mengenalpasti keluarga termiskin di seluruh negeri Selangor di masa akan datang

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;